INCLUDE_DATA

Segalanya Tentang Tumbuhan…


 Powered by Max Banner Ads 

08 Mar, 2010

Belimbing Hutan

Posted by: admin In: @Buah Nadir

belimbing-hutan

Belimbing hutan atau nama saintifiknya Baccaurea angulata dipercayai banyak terdapat di Borneo. Ada juga yang menggelarkannya dengan nama Uchong dan ada yang menyebutnya sebagai Tampoi Belimbing. Di Semenanjung, ia memang ada ditanam di SPK Hulu Paka Terengganu sebagai simpanan sumber genetik. Saya tidak pasti samada di bahagian lain Semenanjung ada di tanam pokok ini ataupun tidak.

belimbing-hutan3

Kalau mengikut rujukan, buah belimbing hutan ini sama juga seperti buah tampoi yang mengeluarkan buah di batang atau di dahan utama. Pokoknya pula boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. Memang dikatakan buah ini ada banyak dijual di Sabah/Sarawak. Saya pernah rasa buah ini sekali. Buahnya rasa masam-masam manis..

belimbing-hutan2

Kegunaan lain buah ini saya tidak pasti. Mungkin ia juga ada digunakan dalam masakan seperti buah belimbing buluh. Jika anda pernah melihat atau merasai buah ini diharaplah kongsikan sedikit pengalaman anda…

05 Mar, 2010

Buah Rollinia

Posted by: admin In: @Buah Nadir

rollinia1

Satu lagi jenis buah yang unik yang perlu anda semua kenal. Jika anda sudah mengenali buah nona, tidak lengkap jika anda tidak mengenali buah ini. Buah yang dimaksudkan ialah buah Rollinia atau nama saintifiknya Rollinia sp. Kalau mengikut maklumat yang ada, buah ini memang banyak spesis.. Saya sendiri pun tak tahu Rollinia yang ini spesis apa? Pokoknya anda boleh lihat di atas dan daunnya adalah seperti gambar di bawah. Sebelum ini, saya pernah ke Kota Kinabalu dan memang banyak saya jumpa buah ini di jual di tepi jalan.

rollinia4

Tapi gambar ini bukan saya ambil di Sabah tetapi saya berkesempatan mengenali pokok ini semasa kunjungan saya ke Perak. Kalau tak silap dekat area di Kuala Kangsar. Walaupun pokok ini tidak sebesar mana tetapi banyak juga buahnya. Sempat la juga rasa walaupun sekadar secebis rasa.. Buahnya anda boleh lihat di bawah.

rollinia2

Rollinia merupakan buah yang tergolong dalam famili Annonaceae seperti buah nona serikaya , nona kapri dan durian belanda. Dipercayai buah ini diberi nama adalah sempena menghormati sejarahwan Peranchis Charles Rollin. Ramai yang menyangka buah ini adalah buah nona namun buah Rollinia biasanya lebih besar berbanding buah nona. Perbezaan juga ketara pada kulit luarnya. Buah Rollinia mempunyai kulit yang berbentuk bonjolon yang panjang seperti berduri.

rollinia3

Rasa buah ini memang seakan-akan buah durian belanda apabila sudah masak. Kebiasaannya, pembiakan buah ini adalah menggunakan biji benih seperti juga buah nona.

Anda dah pernah mencuba ke merasai buah ini? Mungkin juga anda ada menanamnya di rumah.. Bolehlah kongsikan di sini..

05 Mar, 2010

Teka Teki Tentang Buah

Posted by: admin In: Artikel

Saya ada terbaca satu teka teki.. Nak kata lucu.. tidaklah juga.. tetapi buat saya tersenyum juga la.. Masa sekolah dulu memang selalu banyak teka teki.. tapi sekarang banyak yang dah lupa.. Oleh kerana ramai yang sukakan buah.. Saya nak tanya bagi satu teka-teki tentang buah.. Mungkin ada yang dah tahu..  Teka-teki ni taklah susah sangat.. Begini bunyinya

” Pada suatu hari, kedai buah-buahan milik Pak Abu terbakar dan semuanya hangus. Namun ada 3 jenis buah-buahan yang terselamat. Cuba teka buah apakah yang terselamat dari kebakaran tersebut..? dan kenapa ia terselamat ?

02 Mar, 2010

Buah engkala

Posted by: admin In: @Buah Nadir

engkalak

Saya tertarik dengan buah ini lalu membuat satu artikel mengenai buah engkala yang unik ini. Ada juga yang menyebutnya sebagai buah engkalak. Saya sendiri belum pernah bertemu atau melihat secara live buah ini.  Jadi, saya membuat sedikit rujukan mengenai buah ini.

engkalak2

Nama saintifik bagi buah engkala ini adalah Litsea garciae dan ianya satu famili dengan buah avocado. Buah ini pada kebiasaanya akan keluar pada dahan-dahan kecil. Buah engkala muda bewarna hijau dan apabila masak akan menjadi merah. Diketahui, Buah ini sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan ada dijual di pasar-pasar tamu/tani. Tak tahulah samada di Semenanjung ada ditanam pokok ini ataupun tidak.

engkalak3

Menurut rujukan saya, nak makan buah ini ada caranya.. Buah ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5-10 minit. Kemudian boleh ditambah sedikit garam untuk mengenakkan lagi rasanya. Isinya lembut dan dikatakan hampir sama dengan buah avocado.

Anda pernah melihat atau mencubanya? Mungkin anda yang berasal dari Sarawak boleh kongsikan sedikit rahsia mengenai buah ini..

26 Feb, 2010

Pisang Raja Udang

Posted by: admin In: @Buah Nadir

pisang-udang-merah

Maaflah sebab dah beberapa hari tak menghantar artikel baru di Blog ini. Semalam saya baru sahaja pulang dari luar negeri. Tidaklah jauh. Negeri Perak Darul Ridzuan je.. Kali ini saya telah dapat mengenali lagi beberapa lagi jenis / spesis pisang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat apatah lagi kalau nak beli di kedai. Antara yang menarik untuk saya paparkan di sini ialah Pisang Raja Udang.

pisang-udang-merah2

Pisang ini pada kebiasaanya akan berwarna merah hati apabila sudah hampir masak. Sempat juga saya ambil gambar pokok pisang ini sekali bersama buahnya.  Kalau anda rujuk/ buat carian di google tentang pisang ini ada yang menyatakan Pisang ni mempunyai mitosnya yang tersendiri. Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana  Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini. Nak cerita memang panjang.. Anda boleh baca sendiri…

pisang-udang-merah3

Isi dalamnya berwarna putih apabila masak dan rasanya sedap seakan-akan pisang berangan. Saya sendiri pun belum sempat rasa lagi pisang ini kerana masih lagi menunggu buah ini masak. Mungkin anda di sana pernah merasai pisang jenis ini, bolehlah cerita pengalaman anda..

Sebenarnya di Malaysia ini masih lagi banyak jenis pisang yang tidak diketahui dan kurang dipromosikan. Kebanyakkan antara kita terutama generasi baru hanya mengenali pisang berangan, pisang abu, pisang awak, pisang tanduk, pisang emas dan pisang goreng sahaja. Mungkin di kampung anda, ada pelbagai lagi jenis pisang yang jarang orang lain tahu. Harap dapat dikongsikan di sini…

21 Feb, 2010

Ulam-Ulaman

Posted by: admin In: @Tanaman Sayuran| ulam

ulam-raja

“Pucuk dicita Ulam Mendatang”. Begitulah ungkapan pepatah melayu yang menunjukkan kepentingan pucuk dan ulam dalam kehidupan suatu masa dahulu. Apakah pucuk dan ulam itu berbeza? Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian sesuatu pokok yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bahagian bunga. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. Selain itu, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu. Memakan ulam-ulaman ialah suatu amalan yang baik kerana selain membuka selera, ulam-ulam mempunyai khasiat daripada segi pemakanan dan perubatan. Ini kerana, khasiat yang terkandung didalamnya dapat dikekalkan tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh proses memasak yang dikenakan haba. Jika selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa.

cekur

Sehingga kini, dipercayai terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia. Ulam-ulam ini terdiri dari perbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar seperti petai dan kerdas. Berdasarkan kebiasaannya, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan. Sayur-sayuran ini dianggap tradisional kerana mudah didapati di kawasan-kawasan kampung, kadang-kadang tumbuh dengan sendiri atau ditanam tanpa penjagaan rapi. Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya pegaga, rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus, daun tenggek burung dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.

kacangbotol

Pada masa kini, hanya terdapat beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan. Antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa. Kebanyakan jenis ulam seperti jering, pucuk putat, daun salam, selasih dandi dan pucuk mata pelanduk dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, dan pucuk gajus.

selasih

Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral utama dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia seperti karotena, vitamin A, B dan C. Kini terbuktilah, pemilihan ulam- ulaman di dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah ia turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsa yang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semulajadi tersebut.

Banyak lagi sebenarnya ulam-ulaman yang ada di Malaysia tidak diketengahkan lagi kepada umum. Malah kebanyakkan generasi baru hari ini  tidak mengenali dan meminati ulam-ulaman. Mereka MUNGKIN tidak mengetahui khasiat sebenarnya ulam-ulaman ini dan banyak terdedah dengan makan segera yang kurang berkhasiat. Jadi, saya sedang mengenalpasti dan mencari serta mempromosikan ulam-ulaman  yang mungkin semakin dilupai. Anda yang tinggal di kawasan kampung tentu pernah atau banyak mencuba / merasai pelbagai jenis ulam-ulaman. Di harap anda boleh kongsikan di sini… Semoga info anda dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulam-ulaman. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai ubat bagi mencegah penyakit dan seterusnya menjaga kesihatan anda.

Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • Yazid: Salam, T. Kasih tuan tentang info buah-buahan yang diberikan, kalau tidak memang tak tahu langsung buah-buah yang jarang ditemui dan diketahui umum i
  • ron27kr: kami panggil buah uchong. kebiasaannya ditanam di kebun/dusun. disebabkan pokok ini sangat senang tumbuh, tak payah tanam. memang banyak di sarawak. t
  • ejey hassan: biasanya dimasukkan dalam masakan masam pedas

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur